Sejarah awal Bugis
Tidak seperti bahagian Asia
Tenggara yang lain, Bugis tidak banyak menerima pengaruh India
di dalam kebudayaan mereka. Satu-satunya pengaruh India
yang jelas ialah tulisan Lontara yang
berdasarkan skrip Brahmi, dimana
ia dibawa melalui perdagangan. Kekurangan pengaruh India,
tidak seperti di Jawa dan Sumatra, mungkin disebabkan oleh komuniti awal
ketika itu kuat menentang asimilasi
budaya luar.
Kerajaan-kerajaan awal Bugis
mengikut teks La Galigo
Permulaan sejarah Bugis
lebih kepada mitos dari sejarah lojik. Di dalam teks La
Galigo, populasi awal adalah terhad dan terletak di persisiran
pantai dan tebing sungai dan penempatan ini dihubungi dengan pengangkutan air. Penempatan
di tanah tinggi pula didiami oleh orang Toraja.
Penempatan-penempatan ini bergantung kepada salah satu daripada tiga
pemerintahan iaitu Wewang Nriwuk, Luwu' dan Tompoktikka.
Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, terdapat kemungkinan penempatan awal tersebar
di seluruh Tana Ugi, malahan jauh ketengah hutan dimana
tidak dapat dihubungi melalui pengangkutan air. Mengikut mitos, terdapat migrasi
yang ingin mencari tanah baru untuk didiami. Implikasi penempatan
ditengah-tengah hutan ini ialah perubahan fizikal hutan, dimana hutan-hutan
ditebang dan proses diteruskan sehingga abad ke20.
Teknik
Dan Perbezaan Ekonomi
Penebangan hutan ini mungkin seiring
dengan pembuatan besi untuk membuat alat-alat tertentu seperti kapak.
Malahan, pemerintah pertama (mengikut sejarah) kerajaan Bone
memakai gelaran 'Panre Bessi' atau 'Tukang Besi'. Selain itu, terdapat juga
hubungan yang cukup rapat diantara pemerintah Sidenreng
dengan penduduk kampung Massepe, tempat penumpuan pembuatan
alatan besi
oleh orang Bugis dan tempat suci dimana 'Panre Baka' ('Tukang Besi
Pertama') turun dari Syurga/Langit. Walaubgaimanapun, sesetengah mengatakan
'Panre Baka' berasal dari Toraja.
Satu lagi inovasi yang diperkenalkan
ialah penggunaan kuda. Walaupun tidak disebut di dalam teks La
Galigo, menurut sumber Portugis,
pada abad ke16, terdapat banyak penggunaan kuda di kawasan gunung. Maka,
inovasi ini mungkin diperkenalkan antara abad ke 13 dan abad ke 16. Maksud kuda
di dalam Bahasa Bugis , ialah 'anyarang' (Makassar:
jarang), cukup berbeza dengan Bahasa
Melayu, malahan ia diambil dari Jawa
( 'jaran' ). Perkataan ini mungkin digunakan pada abad ke14, ketika Jawa
diperintah oleh Majapahit.
Pertambahan penduduk memberi kesan
kepada teknik penanaman padi. Teknik potong dan
bakar digantikan dengan teknik penanaman padi
sawah. Penanaman padi sawah terang-terangan diimport kerana
penyuburan sawah (plough) di dalam Bahasa
Bugis ialah 'rakalla' berasal dari perkataan 'langala' yang
digunakan hampir seluruh Asia Tenggara, contohnya Cam, 'langal', Khmer, angal
dan Bahasa Melayu, tengala. Teknik 'rakalla' ini
digunakan di India dan sebahagian Asia
Tenggara, manakala sebahagian lagi daripada Asia
Tenggara diambil dari China. Ini sekaligus membuktikan wujudnya
perhubungan diantara Sulawesi Selatan dengan bahagian barat
Asia
Tenggara selain Jawa.
Perubahan di dalam bidang ekonomi
berhubung kait dengan pertambahan penduduk di tangah-tengah benua. Pada
mulanya, sumber ekonomi majoriti populasi Bugis
ialah penanaman padi manakala golongan elit mengawal
sumber-sumber asli dari hutan, perlombongan dan sumber-sumber dari laut.
Sumber-sumber asli ini mendapat permintaan dari luar Sulawesi
dan ini membolehkan golongan elit memperdagangkan sumber-sumber ini dan
membolehkan mereka membeli barang-barang mewah dari luar seperti seramik
China,
Sutera
India,
cermin etc. Walaubagaimanapun, pengawalan pertanian oleh golongan elit masih memainkan
peranan penting ketika itu.
Perubahan
Sosio-Politik
Implikasi terakhir dari penyebaran
etnik Bugis
keseluruh Sulawesi Selatan ialah perubahan didalam politik.
Kerajaan-kerajaan lama Bugis iaitu Luwu', Sidenreng,
Soppeng
dan Cina
(kemudiannya menjadi Pammana) masih berkuasa tetapi mungkin terdapat
pembaharuan didalam pentadbiran ataupun pertukaran dinasti.
Kuasa-kuasa kecil muncul di penempatan-penempatan baru ( 'wanua' ) dan diperintah
oleh seorang ketua digelar 'matoa' atau 'arung'. Sesetengah penempatan awal ini
(tidak disebut didalam La Galigo) seperti Bone,
Wajo
dan Goa
kemudiannya menjadi kerajaan-kerajaan utama.
Walaubagaimnapun, sesetengah
kerajaan yang disebut di dalam teks La
Galigo seperti Wewang Nriwu' dan Tompoktikka
'hilang' di dalam rekod sejarah, dan ini menyebabkan sesetengah sejarahwan
percaya bahawa kerajaan-kerajaan ini tidak wujud sama sekali.
Kontranya, terdapat perubahan
didalam sosio-politik yang nyata di permulaan teks sejarah iaitu wujudnya satu
perhubungan kontrak di antara pemerintah dan pa'banua (rakyat negeri
tersebut yang merupakan orang kebanyakkan.) Di dalam masyarakat awal,
keselamatan dan sumber pendapatan penduduk (seperti mendirikan rumah, memberi
kerja dan membekalkan keperluan tertentu) merupakan tanggungjawab pemerintah.
Situasi ini berbeza sekali seperti di dalam teks La
Galigo di mana pemerintah tidak perlu membekalkan apa-apa kepada
penduduk.
Perubahan
Agama
Kesinambungan dari zaman logam
diteruskan di dalam bidang keagamaan. Bissu (bomoh) kekal menjadi elemen
penting di dalam hal-hal keagamaan sebelum kedatangan Islam.
Perubahan di dalam bidang keagamaan ialah pembakaran mayat dan debu bagi
orang-orang terpenting di simpan di dalam tempat penyimpanan debu (bersaiz
seperti labu) manakala tempat pembakaran mayat disebut Patunuang.
Walaubagaimanapun, pembakaran mayat terhad kepada tempat-tempat tertentu.
Menurut sumber Portugis, Makassar mengekalkan teknik penanaman
mayat dan Toraja pula membiarkan mayat reput di gua-gua.
Pemerintah-pemerintah awal pula
tidak ditanam mahupun dibakar dan mereka dikatakan 'hilang', bermaksud kembali
ke syurga. Menurut sumber, mayat-mayat pemerintah awal dibiarkan bersandar di
pokok reput sehingga tinggal tulang. Mayat bayi pula di tenggelamkan di sungai
ataupun laut.
Kerajaan-Kerajaan
Awal Bugis
Di akhir abad ke 15, Luwu', yang
dianggap sebagai ketua bagi komuniti Bugis,
mendominasi kebanyakkan kawasan di Tana Ugi
termasuklah tebing Tasik Besar, sepanjang sungai Welennae, tanah pertanian di
sebelah timur, sepanjang persisiran pantai yang menghadap Teluk Bone,
Semenanjung
Bira, Pulau Selayar
dan Tanjung Bataeng.
Walaubagaimanapun, kerajaan ini mula menghadapi tentangan dari
kerajaan-kerajaan lain di sekitarnya.
Situasi
Politik Di Akhir Abad ke 15
Pada awal abad ke 15, Luwu'
menguasai Sungai Cenrana yang menghubungi Tasik Besar. Penempatan Luwu' pula
terletak di muara sungai Cenrana, manakala di hulu sungai pula terdapat
beberapa kerajaan kecil. Luwu' cuba mengekalkan pengaruhnya di bahagian barat,
di jalan perhubungan antara Selat Makassar
dan Sungai Cenrana
melalui Tasik Besar, untuk mengawal perdagangan sumber-sumber asli di sebelah
barat, mineral dari pergunungan Toraja dan sumber pertanian sepanjang Sungai Welennae.
Walaubagaimanapun, Sidenreng, terletak di bahagian barat Tasik Besar
telah memilih untuk berlindung di bawah Soppeng.
Pada masa yang sama, Sawitto', Alitta, Suppa', Bacukiki' dan Rappang, juga
terletak di sebelah barat telah membentuk satu konfederasi
dinamakan ' Aja'tappareng ' (tanah disebelah barat tasik) sekaligus menyebabkan
Luwuk hilang pengaruh di atas kawasan ini.
Malahan, sesetengah
penempatan-penempatan Bugis mula enggan berada dibawah pemerintahan
Luwu'. Di hulu Sungai Cenrana
pula, kerajaan Wajo' sedang membangun dan mula menyebarkan pengaruhnya untuk
mengawal kawasan sekelilingnya. Manakala pemerintah-pemerintah di kawasan
sekeliling Wajo' pula di gelar 'Arung Matoa' bermaksud Ketua Pemerintah.
Sekitar 1490, salah seorang dari pemerintah ini membuat perjanjian dengan
Wajo', dan sekaligus meletakkan Luwu' dibawah pengaruh Wajo'. Pada tahun 1498
pula, penduduk Wajo' melantik Arung Matoa Puang ri Ma'galatung, seorang
pemerintah yang disegani oleh orang Bugis, dan berjaya menjadikan Wajo' sebagai salah
satu kerajaan utama Bugis.
Di sebelah selatan pula, Bone,
di bawah pemerintahan Raja Kerrampelua, sedang meluaskan sempadannya di kawasan
pertanian sekaligus membantu ekonomi Bone, menambah kuasa buruh dan kuasa tentera.
Penempatan Bugis
yang disebut di dalam La Galigo kini terletak di bawah pengaruh
kerajaan-kerajaan yang membangun. Soppeng pula terperangkap di antara
Sidenreng, Wajo' dan Bone manakala penempatan di tanah tinggi cuba keluar dari
pengaruh Luwu' dan pada masa yang sama ingin mengelakkan pengaruh
kerajaan-kerajaan yang sedang membangun.
Kejatuhan
Luwuk
Tempoh antara 1500 dan 1530
menyaksikan kerajaan Luwu' mula merosot. Ketika itu, Luwu' diperintah oleh
Dewaraja, seorang pahlawan yang hebat. Didalam pertemuan diantara Dewaraja dan
Arung Matoa Puang ri Ma'galatung pada tahun 1508, Dewaraja bersetuju untuk
menyerahkan kawasan-kawasan di sepanjang Sungai Cenrana
kepada Wajo' sebagai pertukaran Wajo' hendaklah membantu Luwu' menguasai Sidenreng
dimana Sidenreng berjaya dikuasai oleh Luwuk dan Sidenrang terpaksa menyerahkan
kepada Wajo' kawasan timur laut dan utara
Tasik Besar.
Pada tahun 1509, Luwu' menyerang Bone
untuk menyekat kuasa Bone tetapi ketika itu, Bone sudah pun menjadi sebuah
kerajaan yang kuat dan tentera Luwuk mengalami kekalahan. Malahan Dewaraja,
walaupun berjaya melarikan diri, hampir dibunuh jika tidak kerana amaran
pemerintah Bone
kepada tenteranya untuk tidak 'menyentuh' ketua musuh Bone. Walaubagaimanapun,
Payung Merah milik Luwu' yang menjadi simbol ketuanan tertinggi
berjaya dimiliki Bone sekaligus mengakhiri ketuanan Luwu' di negeri-negeri Bugis.
Walaubagaimanapun, ketuanan Luwu' masih disanjung tinggi dan dihormati oleh
kerajaan-kerajaan lain di Sulawesi
Selatan. Bila penggantinya Dewaraja mangkat, Wajo' menyerang Luwu'
dan meluaskan pengaruhnya di daerah-daerah Luwu'. Ini membolehkan Wajo' menguasai
beberapa kawasan-kawasan yang strategik.
Kemunculan
Makassar
Pada masa yang sama, berlakunya
peristiwa-peristiwa penting di sebelah barat dan selatan Sulawesi
Selatan. Siang ketika
itu masih lagi menjadi kuasa utama di persisiran barat Makassar
dan Bantaeng (ketika itu dibawah penagruh Luwu') di sebelah selatan manakala
terdapat dua penempatan Makassar iaitu Goa dan Tallo' yang mula membangun dan
meluaskan pengaruh mereka.
Mengikut sumber yang diragui
kesahihannya, Goa dan Tallo' pada mulanya adalah satu negeri. Pada sekitar abad
ke 15, Raja Tunatangka'lopi membahagikan kawasan itu kepada dua orang puteranya
menjadi Goa dan Tallo'. Terdapat juga kisah yang lain di mana dibawah Raja
Daeng Matanre' (1510-1547), suatu pejanjian telah dibuat. Mengikut perjanjian
tersebut, Goa dan Tallo' akan menjadi kerajaan kembar, di mana terdapat dua
pemerintah tetapi satu kerakyatan. Sesiapa yang cuba menentang perjanjian ini
akan dihukum oleh Tuhan. Peristiwa ini mengikut Bulbeck('History
Archeology':117) berlaku selepas 1535. Peta Sulawesi yang dilukis Portugis
pertama kali pada tahun 1534 tidak menyentuh tentang Goa, dan hanya memeta
'Siom"(Siang), 'Tello'(Tallo') dan 'Agacim'(Garassi'). Mengikut penulisan Antonio de
Paiva, Goa, (di mana didalam penulisannya merujuk kepada Bandar
Besar) yang kemudiannya muncul di peta Portugis,
sebelumnya dianggap di bawah pengaruh Siang.
Sebaliknya kerajaan Tallo' yang dibawah pengaruh Siang dan
kemudiannya dibawah pengaruh Goa. Goa kemudiannya menguasai Garassi',
sebuah pelabuhan yang menghubungkan Jawa, sekaligus membolehkan Goa mengawal
perdagangan laut.
Permualaan sejarah Goa dan Tallo'
berlaku di akhir abad ke 15, tetapi laporan mengenai peristiwa-peristiwa yang
berlaku di kedua-dua kawasan itu masih tidak jelas. Polisi perluasan kuasa
mungkin bermula ketika zaman pemerintahan Raja Daeng Matenre, Goa, dan
berterusan selama dua abad selepasnya. Antara daerah-daerah yang dikuasainya
ialah Bajeng, sekutu-sekutu Tallo', kawasan-kawasan di bawah pengaruh Bantaeng
dan Gantarang.
Kejayaan kerajaan kembar ini, lebih
dikenali dikalangan pedagang asing sebagai sebuah 'negara' digelar Makassar.
Ia boleh dikatakan satu gabungan yang bijak di mana pemerintah Goa meneruskan
penguasaan wilayah manakala pemerintah Tallo', yang mendapati potensi Makassar
sebagai pelabuhan yang berjaya, menumpukan bahagian perdagangan. Ini
kemudiannya menjadikan Makassar salah satu kuasa yang kuat di Sulawesi
Selatan.
By : Dian shop
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking